Monday, November 15, 2010

sukar...















kekadang sukar utk dimengertikan...
hidup ni..
perlukah aku
biarkan ia berlalu
bila mana aku tidak lagi mampu
menjadi diriku..

Friday, November 12, 2010

Rapuh ~OPICK~

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepada-Mu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada-Mu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dada ku harap hanya
diri-Mu yang bertakhta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir pada-Mu

Pemergian yang Abadi..

kebelakangan ni...
rapuh sangat perasaan ni..
rasa sedih..sebak..terkejap hiba...akhirnya sendu sendiri...

Bebaru ni..
kawan seopis kehilangan ayah tersayang...
bukan ni kali pertama kawan-kawanku yg kehilangan org tersayang..
tapi..entah kenapa..kali ni
berita pemergian yang abadi tu cukup terkesan di hati..

sabarlah sahabat...aku tau apa yg kau rasai..
aku jua pernah melalui...
satu saat getir..yg memaksa aku akur dengan kehendak ilahi..

hadoyaiii...rapuhnya perasaan ni..

Buat yang dirindui...
peritnya hati ini tatkala merindui belaianmu..
panggilan mu...kasih dan sayangmu..
tatkala terpandang roti kelapa...hati aku menangis bah..aku rindu nak belikan untukmu..
menatap betapa seleranya kamu...
tatkala aku menatap kain-kain pelekatmu..aku pilu...sebab aku rindu senyumanmu..
saat tu..mukamu pasti kemerah merahan menahan gelak gembira..katamu.."anak abah  yg sorang ni lah yg selalu belikan abah kain"..
dan..
kain-kain itu kau guna sehingga ke hujung nyawa..
dan kain tu jugalah membaluti mu tatkala dimandikan...

Abah..damailah engkau di sana..di samping Maha Pencipta..alfatihah...

(gambar ni diambil, 3 minggu sebelum abah kembali ke rahmatullah..)

Tuesday, November 9, 2010

..Disaat Aku Mencintai ..~Dadali~

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
Berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta....

Monday, October 25, 2010

..Sepi..

Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar malam ini kelam
Biar ia sepi..
sepertiku...

Friday, October 22, 2010

...besar sangat ke?!?....

...satu masa dulu...
aku susah nk membenarkan hati ini disayangi...
..satu ketika itu..
aku sukar nk mengizinkan diri utk dicintai...
Lantas..
Kuberikan peluang dan ruang...
disamping aku gagahi menyembuhkan luka lama
yang kau sendiri tau kisah dan ceritanya..

Yea,aku gembira dan bersyukur
tatkala hati benar-benar bersedia
untuk kembali disayangi..
di kota suci itu aku mengiakan apa yg ku rasa..
di padang pasir itu aku membentangkan perasaan ini tanpa ada sempadannya..

tapi kini..dek kerana masa dan jarak..
kenapa perasaan ini semakin terhimpit
dengan layanan sebegitu rupa..

aku tau..aku terlalu meminta...
tp salah ke?
aku cuma nk kan perhatian..kasih syg..
besar sgt kah permintaan aku?

..besar sgt ke kesalahan ku....
hanya kerana soalan itu...

aku tak mampu menjadi yang terbaik...
yang mampu mengerti dengan sendirinya

hanya kerana soalan itu..aku mengerti..

sekali lagi...hati ini dilukai...dan ia akan sembuh..dengan hadiah ari mata dibulan oktober...

"..Kalau esok lusa... kita terpisah oleh jarak, waktu dan keadaan... bawa ke mana-mana sayang yang telah aku persembahkan... Kalau esok lusa, kita saling tak menyapa dan bersengketa... ingat segala gelak tawa yang kita pernah kongsi bersama... Moga, tiada rasa benci tersimpan antara kita..."


P/S:...perasaan berbunga-bunga tatkala tau itu utk aku...tp kerana kesilapanku..perasaan itu bertukar menjadi sendu..sendu rindu seorang insan yang rindu kan KAMU...terima kasih airmata..ko menjadi teman rindu ku sejak dulu..

Tuesday, September 28, 2010

...HaNyut...




Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu

Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja...

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama

Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu

Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu

Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja
 
p/s : suka dengar lagu ni...dalam keter tadi sengeh sesorang..ada wording yg pernah KAMU ucapkan..dan kini dah di lagukan..lalalala...aku suka lagu ni..aku suka...aku suka..!

Friday, August 27, 2010

Dear sImfonI,

...ada sesuatu yang ingin ku ceritakan..sesuatu yang menyelubungi hati sahabatku...sabarlah sayang...menerima segalanya dengan redha...

kisah bermula..

DiA -->awak..saya syg awk sgt2..if apa2 jadi...sy hrp awk dpt maafkan sy..
DiA -->sy hrp awk tak salahkan sy..tak benci sy
KaMu -->apa maksud awk ni...awk nk tinggalkan sy?
DiA -->bkn..tp sy nk awk tau..sy sygkan awk..dan just in case dah smp jodoh sy dgn dia..
DiA -->sy hrp sgt awk boleh faham..tp sy syg awk sgt2..
DiA -->tuhan je yg tau betapa celarunya otak sy skrg ni..
KaMu -->tp awk syg dia jugak ke?
DiA -->abah kata syg + cinta tu biar dtg lepas kawin..sy admit..hati tk de lansung pd dia..
DiA -->sy harap sgt awk faham keadaan sy..
DiA -->tp buat mas ni..sy still dgn awk..
KaMu -->tkpelah...sy faham..sy doakan yg terbaik utk awk..
KaMu -->cuma satu..klau dgn kasih syg awk terima sy satu masa dulu...dgn hormat dan kasih syg jugak awk tinggalkan sy ye..
KaMu -->sy harap nnt..awk terus terang..
DiA -->i'allah..sy tak nk kecewakan awk..sy tak sanggup..

perbualan berakhir dgn sendu dn pilu dari kedua-duanya..hanya air mata yg faham apa yg mereka rasai dn lalui...

Buat KaMu dan DiA....sabarlah menghadapi ujian ini...penghujung cerita antara kalian..belum berketetapan lagi...masih ade cahaya dihujung kesedihan ini..yang pasti...antara kalian..kasih dan sayang akan sentiasa ada biar pun hingga ke hujung masa...

Kekasihku
Jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan air mata dipipimu
Kekasihku
Tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan Impian bersama
jangan dikesali
Atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya
Membuahkan bahagia
Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tak pernah
Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah menerima
Segala-galanya dengan redha

Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi
Aku masih mengharap
Segalanyakan
Berulang semula...

http://www.4shared.com/audio/L4aknt1Y/Anuar_Zain_-_Jangan_Bersedih_L.html

Thursday, August 26, 2010

.........

Dear SimfOni,

...apa yg patut aku coretkan...dimana patut aku mulakan...segalanya nampak kabur...bersama titis airmata yg tak reti berhenti...seperti kasih pada KAMU yang takkan terhenti walaupun nyawa tidak lagi berpenghuni di jasad diri...

Masa..

Dear simFoni,

Tadi...kebetulan aku terserempak dengan teman lama kat lif loby...teman sesama report duty...huuuih..lama betol dah tak nampak dia..punya excited bersembang sampai lif yg availabe utk dimasuki dah 2-3 kali ternganga di depan mata mintak di isi..

Temanku bertanya ttgku..ttg harianku..ttg kesibukkanku mahupun lapangku..aku macam biasa la...memberikan jawapan yang stended..apa je aku nk ckpkan pun..""camne yg ko nmpak..camni le aku..""
Apa yg nak aku coretkan wahai simfoni...sesuatu yg terlekat difikiran sejak td...kata-kata terakhirnya sebelum kami dipisahkan oleh aras pejabat yang berbeza...

""masa tak tunggu kita...dan masa jugak tak carik kita..kita ni yang terlalu byk menunggu dan mencarik..sedangkan masa berada betul2 didepan mata..macam kau didepan aku ni...cuma tangan yang tak sampai untuk menggapai...""

...pintu lif terbuka dan aku berlalu...meninggalkannya...""ok beb, jumpa lagi aaaa!!! ""

Wednesday, August 25, 2010

26 Ogos 2010...

....jemari ini akan mula menari di pentas kekunci ini..
setelah sekian lama langkahnya terkaku...sepi membisu..

simfoni ini akan mula berlagu...
mengalunkan irama hidupku..antara riangku..senduku..marahku..rinduku...
menzahirkan bait bicara yang tak terluah...yang lama terpendam..di ruang paling dalam...

Thursday, June 10, 2010

....pELUaNg..

..kelmarin,sambil aku merenung ke jendela bilik.ntah mcm mamana tetiba teringat kata-kata seorang sahabat padaku satu masa dulu..
katanya....

Dalam hidup ni
Tuhan akan bagi peluang
Untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul sayang kita
Tapi..hanya sekali!

Sekiranya kita leka
Kita akan kehilangannya buat selamanya..

Tapi,
Kita takkan pernah tau siapa orangnya
Jika kita sendiri pun tak pernah sedar dan tak pernah cuba untuk menilai.

Mungkinkah nanti kita takkan lagi brpeluang untuk memilikinya untuk kali ke 2 atau pun selamanya..?

P/S: untuk KAMU..aku tak punya yang lain..hanya ada KAMU..hanya ada satu..dan satu itu KAMU..

Thursday, May 20, 2010

Yang Terindah...

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

...untuk KAMU...

Tuesday, April 27, 2010

10 bulan berlalu...


dan selama itu...

aku RINDU abah!!!terlalu..

... kuatkan hati ini ya Allah..
walau hakikatnya..aku sering tewas dengan air mata ini..

alfatihah buat abah..moga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Monday, April 5, 2010

............

bila otak membaca perasaan
tangan mula mengukir perkataan..
rindu..
seiring itu..tanpa sedar..
cuaca berubah mendung..
rintik hujan mula bertamu
mengalir..setitik..setitik..
peliknya bukan di pipi
tapi di hati..

bengkek!...

haduyaiiiiii....bengkek je rase
gusi ni...time ni laa nak sakitnya..
geraham bongsu ni...time ni la nak tumbuhnye..

nak tumbuh..tumbuh je la..yang nak sakit-sakit tu nape..

bengkek tul ngan bengkak gusi ni..

grrrr.....

Wednesday, March 31, 2010

..perpisahan...

orkut scrap code

Mengutip sedikit rangkap mengenai perpisahan dari internet pagi td..katanya,

"Ketika sebuah perpisahan terjadi, siapakah yang lebih merasa sedih, yang ditinggalkan atau yang pergi meninggalkan?"

dan katanya lagi..

"Ketika seseorang pergi, masih perlukah air mata? Bukankah kepergian itu untuk kebahagiaan?"

..benarkan?sampai saat ni pun aku masih lagi berfikir...rangkap perpisahan tu...lantas tanpa sedar, satu demi satu..memori perpisahan yang pernah terjadi dlm hidupku kembali berputar..mempertontonkan setiap babak yang menyentap dan menyedihkan..

apapun..kini aku masih lagi berdiri.seadanya dan secukup rase..walaupun detik perpisahan itu tetap hadir,cuma wataknye yang berbeza...melengkapkan lagi ceritera hidupku...kisahnye...

Untuk teman yang bakal pergi..
berpisah kita hanya cuma dibumbung ini..tapi kita masih lagi melihat langit yang sama,merasa terik mentari yang sama...
andai petang nanti..cuaca mendung tiba tanpa di pinta..biarkan..izinkan ia hadir bersama rintik air itu.. kerana..rintik itu kadang mampu menyihir detik-detik perpisahan: menghapus debu kesal yang ada selama perjalanan bersama, menyegarkan daun kenangan, menitiskan embun doa dan rasa untuk bahagia.

Terima kasih teman atas persahabatan ini...sayang sentiasa - ciksu

Tuesday, March 30, 2010

Mata Hati Jiwa - Awie

Maafkan aku mengganggumu
Cuma ku ingin kau tahu
Ruangan dihatiku hanyalah untukmu
Hari hari ku yang berlalu
Riang ceria kernamu
Mana adanya aku pasti ada kamu

Andainya engkau tahu perasan hatiku
Pastinya kau kan tersenyum diwaktu manis harimu
Biarkan biarlah tau teguh auranya (cintaku) (teguh) kerana kamu
Kau sentiasa berada di mataku, hati dan jiwa

Maafkan aku mengganggumu
Dilewat malam malam mu
Inginku temanimu sebelum lenamu

Izinkan aku dekatimu
Inginku tawan cintamu
Agar dapat ku jadi dewata hatimu

p/s:...untuk kamu

Monday, March 29, 2010

Baik Baik Sayang - Wali Band

(....dari KAMU)

Aku tak ingin kau menangis bersedih

Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

..melangkah..


...kata orang..
melangkah itu mudah
namun mencari arah itu yang terkadang payah

orang kata....
mencari jalan itu pula mudah
akan tetapi...
mampukan jalan itu menjadi penyudah bagi sebuah noktah yang tak sudah?

apapun..
aku perlu melangkah..
sesukar mana
sesempit mana
jalan itu..
pasti dihujung sana..takdirku sedang menunggu..